
Khamis, 4 September 2008
Ramadhan Datang Lagi

Selasa, 26 Ogos 2008
Reunion SMKM98
Tarikh : 4 Oktober2008 bersamaan 4 Syawal 1429H (sabtu)
Tempat: Seri Nipah Resort, Bachok.
Masa: 11.00 pagi sehingga 5.00 petang
Yuran: RM20 seorang + RM10 sekiranya bawa pasangan (suami/isteri/ tunang), kanak-kanak percuma.
Sila bawa hadiah yang berharga dalam RM10 untuk acara tukar-tukar hadiah.
Sebarang pertanyaan, pendapat, idea dan pandangan amat dialu-alukan.
Terima kasih.Wassalam.
ZURAINI DOLLAH (0123574650)
RAIHANAH (0193727759)
SITI ZALEHA (0133914996)
Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Riak, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebatiInilah dia yang dikatakan "Kemerdekaan Sejati".
Sumber: IsuHangat
Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51

Rekabentuk logo ini diilhamkan daripada 3 figura berpakat dan saling berganding bahu dan berpadu tenaga dalam menuju kejayaan. Ini melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan"
3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan kemajuan negara.
3 figura manusia digayakan bekerjasama dan berganding bahu mewakili 3 kaum yang utama di Malaysia yang bersefahaman ini yang menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia, warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia, manakala warna kuning pula melambangkan sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Rekaan Logo Oleh : Anuardan
Khamis, 14 Ogos 2008
Cikgu Salbiah (Kimia)
Masa itu aku belajar dalam kelas 5 Sc 2, aku duduk dalam makmal kimia dekat meja belakang kadang-kadang kat tengah. Meja depan tau-tau la semua takut nk duduk depan nanti dia sembur api dari mulut dia (hehehehe...) Mereka yang suka duduk tengah dan belakang biasanya kaki-kaki sembang dalam kelas. Cikgu Salbiah ni semua orang tau dia ni garang tapi baik bila kena waktunya (hehehehe...) Nak dipendekkan cerita, prestasi aku dalam subjek kimia ni memang taraf profesional la untuk gagal. Satu hari selepas peperiksaan percubaan SPM98, dia panggil ayah aku datang ke sekolah untuk bincangkan tentang permasalahan pembelajaran aku kat sekolah. Di situ dia cerita habis pasal aku kat sekolah termasuklah tentang percintaan aku dengan seseorang... Lepas tu dia panggil aku untuk bersama-sama berbincang masalah aku depan ayah aku. Gerun pun ada la jugak. Aku pun cerita la masalah aku satu persatu, mereka pun dengar la. Ada satu masalah tu aku bagitau yang aku ni rabun jauh dan susah nk nampak tulisan Cikgu Salbiah kat papan putih. Cikgu Salbiah jeling aku dengan jelingan tajam. Selepas sesi itu paham-paham la balik rumah aku diberi kaunseling 24 jam dan hukuman makan roti panjang. Maka selepas dari itulah ayah aku buatkan aku cermin mata untuk aku belajar. Keesokkan harinya bila waktu kimia, aku tengok semua tulisan Cikgu Salbiah kat papan putih tu besar-besar mengalahkan gajah. Semua jadi hairan sampaikan ada yang tanya kenapa tulisan dia besar-besar. Yang lucunya orang yang bertanya tu terkena semburan api (kame hame ha) dia. Semua diam membisu terpinga-pinga melihat formula yang ditulisnya besar-besar. Dia suruh aku duduk depan bersama-sama koya best student kimia.. (hehehehe... jangan marahh). Aku sebenarnya takut jugak duduk depan tu... Akhirnya apa yang ditakuti terjadi jugak... dia perli aku. "Hah, dah pakai cermin mata tu tak nampak lagi ker tulisan ni!?" aku rasa merah dan panas muka aku ni bila dia semburkan api tu... Semua tengok aku sambil gelak-gelak. Baru la dia orang tahu kenapa aku pakai cermin mata dan kenapa Cikgu Salbiah tulis formula menggunakan tulisan yang besar-besar. Bukan setakat itu aje yang dia hemburkan kepada aku macam-macam yang dia hemburkan dan sindiran dengan percikan bunga api plak kepada aku... Mesti rakan-rakan kita pernah terkena dengan semburan api diakan? Tapi apa-apapun, kini baru aku sedar betapa susahnya nak mengajar anak orang untuk belajar. Menjadi guru bukannya mudah seperti yang disangka-sangkakan. Terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Salbiah dan semua cikgu-cikgu SMK Melor tahun 1998 yang mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna.