Khamis, 14 Ogos 2008

Cikgu Salbiah (Kimia)

Masih ingat lagi tak cikgu kimia kita dulu? Cikgu Salbiah. Tak tau la sekarang ni masih mengajar atau tak di SMK Melor. Bila teringat nama tu aku teringat peristiwa aku dikenakannya.
Masa itu aku belajar dalam kelas 5 Sc 2, aku duduk dalam makmal kimia dekat meja belakang kadang-kadang kat tengah. Meja depan tau-tau la semua takut nk duduk depan nanti dia sembur api dari mulut dia (hehehehe...) Mereka yang suka duduk tengah dan belakang biasanya kaki-kaki sembang dalam kelas. Cikgu Salbiah ni semua orang tau dia ni garang tapi baik bila kena waktunya (hehehehe...) Nak dipendekkan cerita, prestasi aku dalam subjek kimia ni memang taraf profesional la untuk gagal. Satu hari selepas peperiksaan percubaan SPM98, dia panggil ayah aku datang ke sekolah untuk bincangkan tentang permasalahan pembelajaran aku kat sekolah. Di situ dia cerita habis pasal aku kat sekolah termasuklah tentang percintaan aku dengan seseorang... Lepas tu dia panggil aku untuk bersama-sama berbincang masalah aku depan ayah aku. Gerun pun ada la jugak. Aku pun cerita la masalah aku satu persatu, mereka pun dengar la. Ada satu masalah tu aku bagitau yang aku ni rabun jauh dan susah nk nampak tulisan Cikgu Salbiah kat papan putih. Cikgu Salbiah jeling aku dengan jelingan tajam. Selepas sesi itu paham-paham la balik rumah aku diberi kaunseling 24 jam dan hukuman makan roti panjang. Maka selepas dari itulah ayah aku buatkan aku cermin mata untuk aku belajar. Keesokkan harinya bila waktu kimia, aku tengok semua tulisan Cikgu Salbiah kat papan putih tu besar-besar mengalahkan gajah. Semua jadi hairan sampaikan ada yang tanya kenapa tulisan dia besar-besar. Yang lucunya orang yang bertanya tu terkena semburan api (kame hame ha) dia. Semua diam membisu terpinga-pinga melihat formula yang ditulisnya besar-besar. Dia suruh aku duduk depan bersama-sama koya best student kimia.. (hehehehe... jangan marahh). Aku sebenarnya takut jugak duduk depan tu... Akhirnya apa yang ditakuti terjadi jugak... dia perli aku. "Hah, dah pakai cermin mata tu tak nampak lagi ker tulisan ni!?" aku rasa merah dan panas muka aku ni bila dia semburkan api tu... Semua tengok aku sambil gelak-gelak. Baru la dia orang tahu kenapa aku pakai cermin mata dan kenapa Cikgu Salbiah tulis formula menggunakan tulisan yang besar-besar. Bukan setakat itu aje yang dia hemburkan kepada aku macam-macam yang dia hemburkan dan sindiran dengan percikan bunga api plak kepada aku... Mesti rakan-rakan kita pernah terkena dengan semburan api diakan? Tapi apa-apapun, kini baru aku sedar betapa susahnya nak mengajar anak orang untuk belajar. Menjadi guru bukannya mudah seperti yang disangka-sangkakan. Terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Salbiah dan semua cikgu-cikgu SMK Melor tahun 1998 yang mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna.

3 ulasan:

dzuraini berkata...

Cikgu Salbiah skrg tidak mengajar di SMKM lagi. Dia mengajar kat sekolah lain. saya ada no phone dia..:)

dzuraini berkata...

Cikgu Salbiah ngajar kat SMKKetereh

Tanpa Nama berkata...

anyway sabar je la weh....haha
aku pun penah kene. sampai skrg aku ingat wooooo.
dia nyer bisa....pergh. makan dalam bro